SUSU IBU SEMAKIN KURANG?




Bagi ibu yang menyusu badan, kurang pengeluaran susu adalah delima terbesar dalam diari harian. Resah dan gelisah apabila susu badan yang dihasilkan tidak dapat memenuhi keperluan anak tercinta. Tapi tahukah ibu-ibu semua susu tidak akan merudum tiba-tiba tanpa punca.

KENAPA?

Sebab badan kita umpama kilang. Kalau kilang gagal dihasilkan produk mengikut kuota yang ditetapkan, mesti ada punca seperti mesin rosak, pekerja mogok, barang mentah tidak cukup dan macam-macam lagi punca yang akan dikenal pasti oleh pihak management kilang. Jadi begitu juga dengan badan ibu. Sebagai kilang susu, mesti ada punca yang menyebabkan pengluaran susu ibu kurang dari biasa. Dan tugas ibu adalah kenalpasti apa puncanya.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan research dari lain-lain blog dan customer, ini adalah antara punca lazim yang manyebabkan susu ibu kurang.

  • Sesi mengepam dikurangkan atas alasan sibuk
  • Jarak antara sesi mengepam melebihi 4jam ( jarak yang terlalu jauh menyebabkan badan dapat signal baby tidak perlukan banyak susu, jadi badan kurangkan penghasilan susu)
  • Ibu meninggalkan sesi mengepam semasa cuti/kursus
  • Kurang pengamblan air kosong ( ibu menyusu harus minum 3-4 litter air kosong sehari)
  • Ibu terlalu penat dan stress dengan urusan seharian
  • Ibu tidak mengamalkan pemakanan seimbang
  • Ibu tidak sihat
Namun ada juga faktor-faktor lain seperti datang haid ataupun hamil. 2 faktor ini juga biasanya menyebabkan susu ibu kurang kerana ketidakstabilan hormon dalam badan.

Bagaimana nak atasi ,asalah susu ibu kurang? Apabila susu ibu kurang, tiada jalan pintas untuk naikkan semula production susu ibu dengan cepat. Apa yang ibu boleh buat ialah :
  1. Tambah masa dan kekerapan mengapam.
  • Kesilapan utama ibu-ibu adalah menghentikan sesi mengepam apabila susu berhenti keluar. Ini adalah kesilapan besar yang tidak akan membantu menaikkan semula production susu ibu. Ibu mesti teruskan sesi mengepam hingga cukup minimum 20-30 minit walaupun susu sudah berhenti keluar selepas 5minit yang pertama. Apabila diteruskan rangsangan melalui pump itu, ibu menghantar signal kepada badan bahawa bayi memerlukan lebih banyak susu. Jadi badan akan bekerja keras untuk hasilkan lebih banyak susu.
   2.    Pastikan pengambilan air minimum 3-4 litter
  • Air yang dimaksudkan ialah air kosong/ masak semata-mata tidak termasuk air-air manis seperti sirap, air barli dan lain-lain. Ramai ibu cakap banyak minum kerap buang air kecil. Itu sangatlah normal. Itu proses semulajadi badan. Jadi saranan saya, sekurang-kurangnya minum 3-4litter air. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
  3.    Pemakanan yang Seimbang
  • Walaupun nampak remeh tetapi penting sebenarnya. Jika badan ibu kurang khasiat, dari mana datangnya khasiat untuk hasilkan susu?  
 4.  Bertenang dan elakkan stress terutama semasa mengepam
  • Apabila ibu stress, hormon oksitosin tidak akan keluar. Jadi tiada rangsangan untuk hasilkan hormon susu iaitu prolaktin. Jika tiada hormon susu, bagaimana pula badan nak hasilkan susu? Elakkan mengepam semasa stress kerana pump semasa stress bukan sahaja susu tidak keluar tetapi ibu akan bertambah stress disebabkan itu. Amalkan zikir semasa pump untuk ibu lebih relax.
Apabila menghadapi masalah susu kurang, jangan panik cuba cari apakan puncanya. Bila dah jumpa punca mudah untuk atasi. Ibu jangan mudah putus asa hanya disebabkan sesi perahan tidak memberikan hasil yang ibu mahukan. Untuk susu ibu kurang memang mudah tetapi untuk banyakkan semula mengambil masa. Jadi sabar dan teruskan mengepam.

Begitu juga jika ibu mengamalkan supplement. Ia bukan ubat ajaib asal makan susu terus naik. tetapi ibu sendiri mesti berterusan memberi rangsangan pada badan melalui sesi direct feeding dan pump. Inshaallah supplement akan mempercepatkan prosesnya.


---------------------------------------------------------

Fadhliyani binti Ibrahim 
(SID : 922283)
call / msg : 011-38016457

---------------------------------------------------------

No comments: