Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil


Siapa pernah mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil??Angkat tangan...1..2..3..4...wah..wah ramai juga yer..hahaha..sebenarnya saya tak tahu berapa ramai ibu hamil diluar sana yang mengalami tekanan darah tinggi diluar sana. Apa yang pasti, saya sendiri mengalaminya. Semasa kandungan pertama, kandungan berusia 34 minggu dengan mendadak darah saya naik 170/100. Ha..engkau...tinggi kan?? Sebulan saya kena 'BELA' di hospital. masa tue saya masih tak kenal dengan Shaklee. Tapi kandungan yang kedua nie saya dah kenal dengan Shaklee. Hari ini, kandungan saya baru berusia 16 minggu. Tiga hari sebelum saya buat cheak up di klinik kesihatan, sedap sungguh saya tak menjaga pemakanan...teringin sangat dengan telur masin dan ikan pekasam...Tiga hari berturut-turut saya makan semua tue tanpa pantang...hari ke-4 saya pergi cheak up....Apa berlaku? Tekanan darah saya melonjak 160/110...tinggi kan? Sebenarnya saya dah makan Omega Shaklee..Kenapa darah saya masih melambung tinggi??Bukan salah Omega Shaklee...sebenarnya staff di klinik tue yang salah...saya dikira ketogari berbadan gempal..deorang cheak tekanan darah saya menggunakan 'curff' yang kecil. selepas 10minit darah saya cuma 129/93 sahaja...walaupun masih tinggi 129/93 namun lebih better dari 160/110 kan?? Selepas seminggu bila buat cheak up semula tekanan darah saya sudah menurun pada tahap normal 124/80. Alhamdulillah....Kalau bercerita dah tak ingat dunia kan..hihi..

Okey, kat sini saya kupaskan berkenaan TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL..selamat membaca...:-D

Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.
Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80...api sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:

1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
·         Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
·         Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
·         Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
·         Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.
·         Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

Kaedah Perubatan?

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang....mungkin kerana secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.
Rujukan: Utusan Online, Baby Center, Health Magazine, Mayo Clinic

Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Saya cadangkan anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.




Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.
Untuk Info & Order:

Fadhliyani binti Ibrahim
011-38016457
Shaklee ID : 922283




No comments: